Tuesday, November 30, 2010

jiwang sket...=)

merana kini aku merana
kekasih tercinta
entah kemana
sendiri kini ku dibalut sepi
tiada tempat tuk bercurah lagi

dimana kini entah dimana
bunga impian
yang indah dimata kurindu tutur sepamu
nan manja saat kau barada disisiku....
kini tinggallah kusendiri
hanya berteman dengan sepi
menanti dirimu kembali
disini ku terus menanti
akan kucoba untuk
menanti dirimu kekasih

oh bunga....
dimana kini kau berada
jangan biarkan diriku
dalam kesorangan

oh bunga...
jangan kau gores luka didada
sunguh diriku takkan kuasa
campak kan kenanga

Sunday, November 28, 2010

[Info] Panduan Memberi Nama Anak

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin ???? (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.



Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia adalah:

1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :

Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
`Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
Wati (Persetubuhan)
Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)

2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
Azali
Muhaimin

3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
Suyuti (Orang Asyut)
Bukhari (Orang Bukhara)
Ghazali (Orang Ghazal)
Nawawi (Orang Nawa)
Misri atau Masri (Orang Mesir)
Baihaqi (Orang Baihaq)
Tirmizi (Orang Tirmiz)

4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.

5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.

6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab

7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
Ghulam `Ali (Hamba `Ali)

8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)

9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.

10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.

11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
Zaleha – sepatutnya Zulaikha

12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.

13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
Muti`ah (yang taat)

14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:

Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)

15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:
Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)

16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
Syamsul Bahri (matahari lautan)
Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
Rafidhi (Syiah pelampau)
Atan (keldai betina)
Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
Jamalullail (keindahan malam)

Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
- makna buruk : pengecut
Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang
- makna buruk : yang menyalak

17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.

Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
Fairuz
Sirin (manis –bahasa Farsi)
Rustam
Sarfaraz (mulia)
Sibawaih (wangian epal)

18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’

19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)

Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain

20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
Syukri (Kesyukuranku)
Fathi (Kemenanganku)

Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri

Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.

Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.

Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:

Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.

Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.

Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.

Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:

Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.

Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.

21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]

dan ayat:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]

22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:

Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah

Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.

Saturday, November 27, 2010

2 Kelalaian Kecil Mendidik Anak

Sikap anak2 apabila besar amat banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan cara didikan oleh ibu bapa semasa mereka kecil lagi, yang berterusan sehingga mereka besar panjang. 

Tidak dinafikan peranan pihak2 lain, seperti ustaz2 di masjid & surau, guru2 di sekolah, kawan2 di sekolah dan tempat tinggal, orang2 dewasa, kaum keluarga dan adik-beradik turut memberi pengaruh ke atas mental dan fizikal kita.

Juga peranan media cetak, elektronik dan teknologi semasa yang turut memberi impak besar kepada sikap, gaya hidup, kefahaman dan kecerdikan mental dan fizikal anak2.

Walau apapun pandangan dan pendapat kita, jika dilihat berdasarkan sabda Nabi S.A.W., ibu bapalah yang memberi kesan paling besar dan ketara dalam pendidikan anak2.

Di sini diberikan DUA saja contoh kelalaian ibu bapa mendidik anak dengan didikan agama, yang sering kita anggap perkara kecil. Walaupun ia mungkin perkara kecil, jika sudah setiap hari dididik dengan kesilapan kecil ini, yang kecil itu akan menjadi kesilapan yang besar pula.



PERTAMA:
Kita mengejutkan anak pada setiap awal pagi dengan berkata, "Bangun nak, cepat! cepat! Nak pergi sekolah dah ni!.. Nanti terlambat pulak"
Ini yang biasa kita dengar dan sebut kepada anak2 kita, agar mereka segera bangun dan bersiap2 untuk segera pula pergi ke sekolah. Salahkah cara itu? Ada betul dan ada salah!

Betulnya, kerana memang kita perlu mengejutkan mereka agar segera bangun untuk bersiap2 pergi ke sekolah. Menuntut ilmu pun merupakan kewajipan juga, dan sangat dituntut agama kita.

Salahnya, kerana sepatutnya kita mengejutkan mereka awal2 pagi untuk bangun mengerjakan solat subuh, bukannya mengejutkan mereka untuk pergi ke sekolah. Kalau kita kejutkan mereka untuk bangun solat subuh, maka amalan ini akan berterusan setiap hari sepanjang hayat kita dan hayat mereka. 

Mereka akan terbiasa dikejutkan untuk solat subuh, lepas itu barulah bersiap untuk pergi ke sekolah. 

Jika kita kejutkan mereka untuk bangun pergi ke sekolah, pada hari cuti, mereka tidak akan bangun awal pagi, kerana mereka tahu hari ini cuti sekolah. Mereka akan bangun lambat, malah sehingga matahari dah tinggi menggalah, dan akhirnya terlepas solat subuh.

Bukankah bangun mengerjakan solat subuh itu jauh lebih besar daripada bangun untuk pergi ke sekolah?

Inilah kesilapan kecil ibu bapa. jadi, mulai hari ini bangunkanlah anak kita untuk menunaikan solat subuh, selepas itu barulah bersiap untuk ke sekolah.

Biasakan diri menyebut kepada mereka mulai hari ini dan seterusnya, "Bangun, solat subuh! Lepas tu siap2 untuk pergi ke sekolah."

Kepada pelajar yang tinggal di asrama atau di rumah sewa di kolej atau universiti, ingatlah agar berniat sebelum tidur bahawa aku nak segera bangun awal2 pagi esok untuk menunaikan solat subuh, lepas itu baru bersiap untuk pergi ke 'sekolah', dan niat itu tetap dilakukan pada setiap malam, hatta pada hari2 cuti.

Ibu bapa tiada di sisi untuk mengingatkan kita. So, sendiri mau ingatlah!...



KEDUA:
Biasanya kita akan mengajar anak2 kita mengaji Al Quran di rumah sendiri atau di rumah para pengajar Al Quran, masa itu anak2 kita masih di sekolah rendah lagi. Ia akan berakhir apabila anak2 itu khatam Al Quran, dan kita meraikannya dengan membuat pulut kuning dan majlis bacaan doa khatam Al Quran.

Betulkah itu? Ada betul dan ada salahnya.

Betulnya, kita mengajar anak kita untuk mengaji sehingga khatam Al Quran, dan sekaligus pandai membaca Al Quran, walaupun masih tidak berapa fasih dan tajwid tunggang langgang.

Salahnya, kita hanya menghantar anak kita mengaji Quran sehiingga khatam itu saja. Salahnya, kerana kita beranggapan khatam Quran itu hanya sekali. Bila dah khatam, tak payah baca lagi Quran seumur hidup. Kalau anak2 nak baca Quran juga selepas itu, itu hak mereka.

Sepatutnya kita kena suruh juga anak2 itu mengaji lagi Quran walaupun dah khatam Quran sekali, masa darjah 6 dulu. Khatam Quran sekali bukan bererti tamatlah riwayat anak itu dengan Quran yang dibacanya. Membaca Quran adalah tugas sepanjang hayat, bukan terhad pada masa kecil saja.

Kebanyakan ibu bapa tidak peduli lagi sama ada anaknya pandai baca Quran atau hanya membaca 'merangkak2' dan lintang pukang, tajwid entah ke mana, fashahah entah ke mana, waqaf wasal entah apa dia, fatih munabih entah macam mana dan seterusnya.

Seeloknya, setelah anak itu habis mengaji, suruhlah pula mereka menghafaz beberapa surah tertentu, beberapa ayat lazim dan juzuk2 tertentu. Tidaklah asyik membaca surah pendek yang sama sepanjang masa semasa solat, terutamanya solat maghrib, isyak dan subuh. Suruh baca surah lain yang 'panjang sedikit', sudah menggelabah dan tak tahu!

Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat untuk kebaikan kita semua.

Ada banyak lagi kelalaian kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak2, tetapi jika yang DUA perkara ini dapat diberikan perhatian, ia sudah amat baik untuk kita.

Jangan sampai nanti Anakku Sazali mencerca bapanya sendiri kerana tersalah memberi didikan padanya semasa dia masih kecil dahulu.

20 fakta menarik mengenai Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. 

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. 

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

nak dalil quran hadis gak ke....
sanad nak... sanad...

CINTA vs NAFSU

Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.

Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?

Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya & awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)

Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu’tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.

Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.

Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

…and they lived happily ever after. Separately

20 Petua JANGAN...

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, 
syaitan sangat kasih orang yang begini. 
Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). 
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas.
Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. 
Makruh kerana ia membahayakan.
Orang tua2 berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. 
Makruh dan mewarisi kepapaan. 
Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal 
(kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar.
Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental.
Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada
anak atau cucu kita pula.

7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib.
Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.

8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 

9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak.
Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.

10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, 
atau keluar tanpa tujuan yang baik. 
Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. 
Tuhan pun tidak redha pada kita.

11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. 
Makruh dan mewarisi kepapaan. 

12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas.

13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Punca hati jadi tidak tenteram.
Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.

14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, 
kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.

15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 
Tuhan suka orang yang merendah diri. 
Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.

16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. 
Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. 
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

18. Jangan bakhil untuk bersedekah. 
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana. 

19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 
Banyak gelak lambang kelalaian. 
Banyak gelak juga menggelapkan hati.

20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik 
dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 

21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. 
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 

22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 
Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN...
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. 
Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.

24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, 
ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. 
Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja.
Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, 
bukan yang menambah ego diri sendiri. Syaitan pun sayang banget kat kita!
Ia juga tanda kita tidak yakin dengan ilmu & penyampainya. 
Syaitan suka sangat orang yang macam ni.